Tarikh : 7 Disember 2023 Masa : 10.00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee seller. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.
Tarikh : 2 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11:00 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM-IOT).
Aktiviti
Peserta merupakan ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas di PEDi untuk mempelajari Permainan STEM Online (Dynamic Systems). Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan juga pendedahan pembelajaran STEM Online yang menguji minda dari segi kecekapan matematik, sains dan teknologi.
Tarikh : 27 November 2023 Masa : 4:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan kapal selam.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta kapal selam. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat kapal selam.
Tarikh : 1 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11:30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari microsoft word dan membuat peta minda.
Aktiviti
Peserta menggunakan microsoft office word untuk membuat peta minda. Peserta juga di ajar cara memuat naik gambar dan peserta diberikan pendedahan tentang jenis peta minda yang sesuai untuk memasukkan data yang diberikan.
Tarikh : 26 November 2023 Masa : 4:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan botol sifir.
Aktiviti
Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta botol sifir menggunakan botol air mineral terpakai, kertas, gam, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat botol sifir.