Tarikh     :   26 November 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Perniagaan.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas online di PEDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai Pengurusan Kewangan Perniagaan bagi menjaga akaun perniagaan mereka. Peserta juga dibimbing dalam merancang perbelanjaan dengan bijak dalam menguruskan kewangan dan juga beberapa tips dalam mendisiplinkan diri untuk berbelanja keperluan dan kehendak masing-masing untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi perniagaan untuk mengelakkan kerugian. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    23 November 2023

 Masa       :   11:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang nikah secara online dalam laman rasmi JAHEIK- E-Qaryah. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan berkahwin di laman web JAHEIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem E-Qaryah untuk membuat permohonan berkahwin. Peserta juga mencetak borang yang di isi, borang ujian HIV berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan sebagai rujukan peserta.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    17 November 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan helikopter kertas. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk membuat helikopter menggunakan kertas terpakai. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat helikopter menggunakan kertas.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :   23 November 2023

 Masa       :   9.00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee seller. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   14-16 November 2023

 Masa       :   9:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :  PEDi Melawi 

 Peserta   :  10 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang akan menempuh alam pekerjaan untuk mempelajari aplikasi canva untuk membuat resume secara lengkap dan beberapa template lain untuk tugasan projek pembelajaran mereka.

Peserta yang hadir merupakan pelatih di Pusat Giat Mara Bachok. Peserta diberikan taklimat mengenai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dan didedahkan dengan modul pembelajaran mengenai aplikasi Canva. Peserta diberikan tempoh masa selepas taklimat untuk membuat sendiri resume dan berbagai jenis template lain untuk tugasasan projek pembelajaran mereka. Peserta juga diajar cara-cara untuk menyediakan video bagi projek akhir pembelajaran mereka di Giat Mara. 

Gambar Disini.