Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 04.00 PM - 05.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee seller. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.
Tarikh : 16 Januari 2024 Masa : 03:00 PM - 04.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word dan menyiapkan kerja kursus sekolah.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan memerlukan bahan carian maklumat secara online. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan menyiapkan kerja kursus sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.
Tarikh : 14 Januari 2024 Masa : 4.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online di dalam sistem e-agihan MAIK.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.
Tarikh : 15 Januari 2024 Masa : 3:00 PM - 4:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran akaun baru & permohonan jawatan dalam laman web SPA.
Aktiviti
Peserta hadir untuk melayari internet dan membuat pendaftaran akaun baru bagi permohonan jawatan dalam SPA. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih jawatan berdasarkan kelayakan akademik peserta.
Tarikh : 13 Januari 2024 Masa : 10:00 AM - 11:00 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM-IOT).
Aktiviti
Peserta merupakan ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas di PEDi untuk mempelajari Permainan STEM Online (Dynamic Systems). Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan juga pendedahan pembelajaran STEM Online yang menguji minda dari segi kecekapan matematik, sains dan teknologi.