Tarikh : 19 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11:30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah yang sedang dalam cuti persekolahan. Peserta hadir ke PEDi untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.
Tarikh : 17 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11:00 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website digipuzzle.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara-cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube dan juga google search. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website digipuzzle untuk tujuan pembelajaran online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.
Tarikh : 15 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas membuat carta dan jadual menggunakan microsoft office excel.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft office excel untuk tujuan belajar dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga diajar untuk menaip, membuat carta dan jadual dan membuat column bersesuaian bagi tujuan pembelajaran.
Tarikh : 16 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas menaip menggunakan microsoft office word.
Aktiviti
Peserta merupakan ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip surat rasmi. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.
Tarikh : 11 Disember 2023 Masa : 3:00 PM - 4:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara dalam talian.
Aktiviti
Peserta hadir untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara online. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memuat naik dokumen yang diperlukan ke dalam laman web tersebut.