Tarikh : 27 November 2023 Masa : 4:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan kapal selam.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta kapal selam. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat kapal selam.