Tarikh : 24 Disember 2023 Masa : 10:30 AM - 12:30 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menggunakan microsoft word dan melayari internet bagi membuat carian maklumat bagi kerja kursus.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk menyiapkan kerja kursus sains dengan menggunakan perisian microsoft word dan carian dalam melayari sesawang media digital. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google chrome, youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan yang harus dititikberatkan dalam melayari internet.
Tarikh : 23 Disember 2023 Masa : 2.30 PM - 4.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online di dalam sistem e-agihan MAIK.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.
Tarikh : 22 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk menyiapkan biodata diri dan resume.
Aktiviti
Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan mencari kerja dan membuat resume. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat resume yang padat dan ringkas untuk dihantar pada majikan. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.
Tarikh : 23 Disember 2023 Masa : 10:00 AM - 11:00 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan pengambilan Tentera secara atas talian.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan jawatan sebagai Perajurit muda udara di dalam web rasmi kerjaya dan pengambilan tentera udara malaysia. Peserta mengisi borang pengambilan secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dan juga mencetak borang yang di isi untuk tujuan rujukan.
Tarikh : 21 Disember 2023 Masa : 3:00 PM - 4:30 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk melayari internet bagi membuat carian maklumat atas talian.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dalam melayari sesawang media digital. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google chrome, youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan yang harus dititikberatkan dalam melayari internet.