Tarikh : 6 Januari 2024 Masa : 10:00 AM - 11:30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website digipuzzle.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara-cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube dan juga google search. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website digipuzzle untuk tujuan pembelajaran online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.
Tarikh : 5 Januari 2024 Masa : 10:00 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform FB Page untuk memasarkan produk.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun FB Page. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing dan juga beberapa copywritting yang sesuai untuk posting mereka pada media sosial.
Tarikh : 3 Januari 2024 Masa : 10:00 AM - 11:30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.
Tarikh : 3 Januari 2024 Masa : 3:00 PM - 4.30 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk menyiapkan kerja sekolah.
Aktiviti
Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan mencari bahan pembelajaran dan kerja sekolah. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat carian yang cepat dan menggunakan aplikasi canva dengan betul. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk dihantar pada guru kelas.
Tarikh : 1 Januari 2024 Masa : 3:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan microsoft office word dan menyiapkan tugasan pembelajaran.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah yang hadir untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sekolah. Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi microsoft office terutama microsoft office word dan powerpoint, dengan cara yang betul dan pantas untuk menyiapkan kerja kursus serta sebagai nota rujukan untuk ulangkaji peperiksaan akan datang. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di PEDi Melawi sebagai bahan rujukan pembelajaran.