Tarikh : 26 November 2023 Masa : 4:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan botol sifir.
Aktiviti
Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta botol sifir menggunakan botol air mineral terpakai, kertas, gam, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat botol sifir.