Tarikh     :    12 Februari 2024

 Masa       :   11.00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang berniaga online menggunakan platform e-dagang TikTok Shop, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet bagi mempelajari cara untuk mendaftar tiktok ads. Peserta merupakan peniaga online dan telah memulakan perniagaan online melalui platform tiktok beberapa bulan yang lalu melalui kelas yang di jalankan di PEDi Melawi. Peserta mendaftar tiktok ads dan diberi bimbingan oleh staff PEDi dalam pemilihan objektif iklan dan juga pemilihan audience targetting yang sesuai.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    4 Februari 2024

 Masa       :   02:30 PM - 03.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk membuat resume.

Aktiviti

Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan membuat resume bagi mencari pekerjaan. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat carian yang cepat dan bimbingan dalam menggunakan aplikasi canva dengan betul. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk dihantar.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    2 Februari 2024

 Masa       :   09:30 AM - 11.30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   10 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas menaip menggunakan microsoft office word.

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip surat rasmi. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   3 Februari  2024

 Masa       :   09:30 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan helikopter kertas. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk membuat helikopter menggunakan kertas terpakai. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat helikopter menggunakan kertas.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :    26 Januari 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari pengenalan kepada komputer dan asas ICT.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan mereka hadir ke PEDi untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer. Peserta di perkenalkan dengan peralatan komputer dan cara menggunakannya. Peserta juga di ajar untuk membuka beberapa aplikasi microsoft office dan melayari youtube. 

Gambar Disini.