Tarikh     :    8 Februari 2023

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat Permohonan Kursus Dalam Sistem Pengurusan Latihan Sangkut MARDI.

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat pendaftaran akaun bagi membuat Permohonan Kursus Dalam Sistem Pengurusan Latihan Sangkut MARDI. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih kursus dan tempat yang dijalankan kursus itu nanti.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    6 Februari 2023

 Masa       :   02:00 PM - 06.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan memerlukan bahan carian maklumat secara online. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word, membuat carian maklumat di internet dan menggunakan aplikasi komputer untuk tujuan kerja sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

Tarikh       :   12 Januari 2023

 Masa       :   3:00 PM - 6:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menjawab peperiksaan SPA Ujian Psikometrik Pembantu Arkib S19 online.

Aktiviti

Peserta merupakan pemohon pekerjaan yang terpilih untuk menduduki peperiksaan di dalam talian SPA. Peserta hadir untuk menggunakan akses internet di PEDi Melawi untuk menjawab peperiksaan secara online. Peserta memasukkan id dan kata laluan yang telah diberikan pada email peserta dan menjawab soalan yang merangkumi soalan sebanyak 199 di dalam masa yang telah ditetapkan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    15 Januari 2023

 Masa       :   2:00 PM - 5:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan pengambilan pdrm. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan pengambilan konstabel polis di raja malaysia (pdrm) di dalam web rasmi e-pengambilan pdrm. Peserta mengisi borang pengambilan secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dan juga mencetak borang yang di isi untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

Tarikh     :    5 Januari 2023

 Masa       :   9:30 AM - 12.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online dalam sistem e-agihan MAIK. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.

Gambar Disini.