Tarikh     :   17 April 2023

 Masa       :   2:00 PM - 5.00 PM      

 Lokasi     :  PEDi Melawi 

 Peserta   :  5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    15 April 2023

 Masa       :   10:00 AM - 1.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online dalam sistem e-agihan MAIK. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat hari raya dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.

Gambar Disini.

Tarikh       :   2 April 2023

 Masa       :   9:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi maklumat dalam senarai semak bagi temuduga spa9 bagi jawatan Penyelia Asrama.

Peserta merupakan pemohon pekerjaan yang terpilih untuk temuduga bagi jawatan Penyelia Asrama N19. Peserta hadir untuk menggunakan akses internet di PEDi Melawi untuk mengisi maklumat seperti myresume spa secara online dan memuat naik sijil dan dokumen yang diperlukan bagi tujuan interview tersebut. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    13 April 2023

 Masa       :   9:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari sistem HRMIS bagi penjawat awam. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mempelajari sistem HRMIS bagi penjawat awam di dalam web rasmi sistem pengurusan maklumat sumber manusi HRMIS 2.0. Peserta mengisi maklumat yang berkaitan secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dan juga mencetak borang yang di isi untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    19 Mac 2023

 Masa       :   10:00 AM - 1.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online dalam sistem e-agihan MAIK. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.

Gambar Disini.