Tarikh     :   13 November 2022

 Masa       :   09:00 AM - 1.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   25 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE dan TIKTOK SHOP, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee dan juga akaun Tiktok Shop. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

Tarikh     :    9 November 2022

 Masa       :   09:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   35 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengenali PEDi secara dekat dan mempelajari asas Pembelajaran ICT.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar-pelajar Tabika KEMAS di Kampung Badak dan Kampung Pantai Baru. Sesi lawatan ini merupakan satu sesi pembelajaran kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat fungsi, fasiliti dan kegunaan yang terdapat di PEDi dan mempelajari ilmu ICT. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    5 November 2022

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran akaun baru & permohonan jawatan dalam laman web SPA. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat pendaftaran akaun baru bagi permohonan jawatan dalam SPA. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih jawatan berdasarkan kelayakan akademik peserta. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    6 November 2022

 Masa       :   10:00 AM - 01.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan memerlukan bahan carian maklumat secara online. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word, membuat carian maklumat di internet dan menggunakan aplikasi komputer untuk tujuan kerja sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

Tarikh       :   13 Oktober 2022

 Masa       :   10:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menjawab peperiksaan SPA (Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama Gred N29) secara online.

Aktiviti

Peserta merupakan pemohon pekerjaan yang terpilih untuk menduduki peperiksaan di dalam talian SPA. Peserta hadir untuk menggunakan akses internet di PEDi Melawi untuk menjawab peperiksaan secara online. Peserta memasukkan id dan kata laluan yang telah diberikan pada email peserta dan menjawab soalan yang merangkumi soalan sebanyak 199 di dalam masa yang telah ditetapkan.

Gambar Disini.