Tarikh     :   8 September 2022

 Masa       :   10:00 AM - 1.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh shopee. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    7 September 2022

 Masa       :   09:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas menaip menggunakan aplikasi microsoft office word. Peserta diberikan tunjuk ajar dalam menggunakan keyboard serta mouse dan diberikan latihan untuk disiapkan. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

Tarikh       :   20 Ogos 2022

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan microsoft office dan menyiapkan tugasan pembelajaran.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang melaksanakan pembelajaran secara online. Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi microsoft office terutama microsoft office word dan powerpoint, dengan cara yang betul dan pantas untuk menyiapkan kerja kursus serta sebagai nota rujukan untuk ulangkaji peperiksaan akan datang. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di PEDi Melawi sebagai bahan rujukan pembelajaran. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    5 September 2022

 Masa       :   02:00 PM - 05.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   50 Orang

Tujuan

Hari Bersama Komuniti (HBK) diadakan sebagai acara tahunan bagi mempromosi PEDi kepada komuniti setempat.

Aktiviti

  1. Taklimat Klik Dengan Bijak.
  2. Pertandingan mewarna jalur gemilang (kanak-kanak)
  • Pertandingan meniup belon sampai pecah (kanak-kanak)
  1. Pertandingan merebut gula-gula ( kanak-kanak )
  2. Pertandingan menaip pantas ( dewasa )
  3. Pertandingan kuiz gaya hidup sihat ( dewasa )
  • Pertandingan teka silang kata ( dewasa )
  • Pertandingan sukodu ( terbuka )
  1. Pertandingan menjawab kuiz kdb ( terbuka )

 

Gambar Disini.

Tarikh       :   19 Ogos 2022

 Masa       :   09:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menjawab peperiksaan SPA (Pembantu Makmal Gred C19) secara online.

Aktiviti

Peserta merupakan pemohon pekerjaan yang terpilih untuk menduduki peperiksaan di dalam talian SPA. Peserta hadir untuk menggunakan akses internet di PEDi Melawi untuk menjawab peperiksaan secara online. Peserta memasukkan id dan kata laluan yang telah diberikan pada email peserta dan menjawab soalan yang merangkumi soalan sebanyak 199 di dalam masa yang telah ditetapkan.

Gambar Disini.