Tarikh : 17 Jun 2023 Masa : 2.00 PM - 4.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.
Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2024/2025 secara online.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2024/2025 di dalam sistem yang terbaru iaitu IDME. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti maklumat murid, ibu bapa,maklumat kesihatan, pendapatan keluarga dan maklumat sekolah yang dipohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan penghantaran pada sekolah yang di mohon dan sebagai rujukan.
Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 04:00 PM - 06.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dalam bentuk Animasi 3D.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah yang berdaftar sebagai ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas ICT dan mempelajari cara-cara mereka Animasi dalam bentuk 3D menggunakan microsoft office word. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat sebagai simpanan peserta.
Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 2.00 PM - 4.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online dalam sistem e-agihan MAIK.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.
Tarikh : 9 Jun 2023 Masa : 9:00 AM - 11.00 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft office word.
Aktiviti
Peserta merupakan beberapa pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar PEDi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.