Tarikh : 13 Julai 2023 Masa : 9.30 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online di dalam sistem e-agihan MAIK.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.
Tarikh : 8 Julai 2023 Masa : 10:00 AM - 12:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.
Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 2:00 PM - 4:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.
Tarikh : 7 Julai 2023 Masa : 9:30 AM - 11.30 AM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari microsoft word dan membuat carian maklumat untuk kerja khusus.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah menengah dan memerlukan bahan carian maklumat secara online. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari penggunaan microsoft word, membuat carian maklumat di internet dan menggunakan aplikasi komputer untuk tujuan kerja khusus sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan penghantaran pada guru.
Tarikh : 19 Jun 2023 Masa : 2:30 PM - 3.30 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti Modul Asas Keusahawanan - Tips Pengurusan Sumber Manusia bagi IKS.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengikuti kelas online Modul Asas Keusahawanan - Tips Pengurusan Sumber Manusia bagi IKS . Peserta juga di ajar cara-cara untuk menguruskan pekerja dalam sesebuah syarikat. Peserta di dedahkan dengan proses pengambilan pekerja dari awal membuka jawatan kosong sehingga pemilihan dan penawaran kerja. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi modul.