Tarikh : 2 September 2023 Masa : 10:00 AM - 12:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website Pembelajaran Digipuzzle.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari permainan pendidikan secara online. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website digipuzzle untuk tujuan pembelajaran secara online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.
Tarikh : 1 September 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas menaip menggunakan microsoft office word.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar PEDi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip surat rasmi. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.
Tarikh : 28 Ogos 2023 Masa : 11:00 AM - 12:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.
Tarikh : 30 Ogos 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan mereka hadir ke PEDi untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer. Peserta di perkenalkan dengan peralatan komputer dan cara menggunakannya. Peserta juga di ajar untuk membuka beberapa aplikasi seperti microsoft office word.. Peserta juga diberikan taklimat KDB.
Tarikh : 26 Ogos 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan membuat poster Kemerdekaan.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft office word untuk membuat poster bertemakan kemerdekaan bersempena bulan kemerdekaan dan juga bagi membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga diajar untuk menaip, membuat pilihan gambar dan grafik bersesuaian bagi tujuan pembelajaran.