Tarikh : 25 Ogos 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas membuat carta dan jadual menggunakan microsoft office excel.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft office excel untuk tujuan belajar dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga diajar untuk menaip, membuat carta dan jadual dan membuat column bersesuaian bagi tujuan pembelajaran.
Tarikh : 24 Ogos 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Peribadi.
Aktiviti
Peserta hadir untuk mengikuti kelas online yang dianjurkan MSD di PEDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai cara yang bijak dalam menguruskan kewangan dan juga beberapa tips dalam mendisiplinkan diri untuk berbelanja keperluan dan kehendak masing-masing untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi kelas.
Tarikh : 21 Ogos 2023 Masa : 3.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta yang berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.
Aktiviti
Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet bagi mempelajari cara untuk mendaftar shopee ads. Peserta merupakan peniaga online dan telah memulakan perniagaan online melalui platform shopee beberapa bulan yang lalu melalui kelas yang di jalankan di PEDi Melawi. Peserta mendaftar shopee ads dan diberi bimbingan oleh staff PEDi dalam pemilihan objektif iklan dan juga pemilihan audience targetting yang sesuai.
Tarikh : 23 Ogos 2023 Masa : 4:00 PM - 5:00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk melayari youtube for kids dan youtube.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.
Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 10:00 AM - 12.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas grafik menggunakan microsoft office powerpoint.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar PEDi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft powerpoint untuk tujuan belajar mengedit gambar dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.