Pengumuman Waktu Operasi Terbaru Bagi Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan bermula 24 April 2020 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan #COVID19Malaysia , anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

CPRC 22April

Permohonan atas talian :

Muat turun aplikasi GerakMalaysia

atau

Permohonan di balai polis (Bagi yang tiada telefon pintar)

1. Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.

2. Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri

Walaubagaimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

MGCC

21 April- Aktiviti rantaian bekalan dan pemasaran pertanian sepanjang tempoh PKP ini dibenarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

MOA Malaysia

Peniaga-peniaga kecil digalakkan supaya menyertai platform e-Ramadhan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan tiadanya bazar Ramadhan pada tahun ini, larangan jualan penjaja, larangan kewujudan premis tanpa Kebenaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian virus Covid19 daripada merebak tanpa kawalan. Pendaftaran dibuka sekarang melalui talian tertera pada sepertimana diatas dan Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. untuk sebarang pertanyaan. Bagi setiap penghantaran adalah dalam radius 10km daripada Pusat transit makanan dan bagi setiap penghantaran boleh terdiri daripada pelbagai menu melibatkan peniaga yang berdaftar dengan belian serendah RM10 dan maksima RM100 dalam satu resit. 

 

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MEMBATASKAN PERGERAKKAN ANDA

Bagi membantu memudahkan para peniaga dan penjaja Kecil, mereka boleh mendaftar melalui Whatsapp di nombor 01116660697 dengan mengemukakan maklumat berikut:

 

Nama:

Alamat:

No.IC:

Emel:

Jenis perniagaan/produk:

No.Tel:

Akaun Bank:

Salinan Kad Kesihatan:

 

Terima kasih.

 

Mohd Roslan bin Mohd Zain 

Pengurus Besar

Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd ( Syarikat Anak PKINK )

Agensi Utama & Rakan Strategik Pembangunan ICT Kelantan 

Selaku Agensi Penyelaras e-Bazar Ramadan Kelantan

e ramadan kelantan

Antara fungsi MySejahtera adalah:

1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.

2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.

3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.

4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.

Pengguna yang pernah berdaftar, anda perlu mengemas kini (update) aplikasi ini untuk menikmati ciri-ciri terbaru.

Pengguna-pengguna baru kini boleh muat turun dan mendaftar melalui aplikasi tersebut.

Ini adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19 oleh Kerajaan Malaysia.

 

Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID19.

 

Muat turun aplikasi MySejahtera sekarang.

 

IOS:

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

 

Android:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

 

Huawei:

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

MySejahtera 20 April