Ringkasan Kes COVID-19 pada 14 APRIL 2020:

 

Kes dilaporkan: 170

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 4,987

Kes sembuh: 202

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 2,478

Jumlah keseluruhan kes di ICU : 60 (Seramai 33 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 5

Jumlah keseluruhan kematian: 82

 

- CPRC KKM

status terkini 14 april 2020

Jangan sebarkan berita yang diragui kesahihannya.

Layari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan kesahihan sesuatu berita.

Tidak Pasti, Jangan Kongsi!

salur kpd kami

Tertera di bawah adalah platform untuk dihubungi oleh semua syarikat dan industri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pusat panggilan miti

Dikongsikan di sini aliran proses untuk permohonan syarikat meneruskan operasi sepanjang PKP3 di https://application.miti.gov.my yang akan dibuka jam 4.00 petang 13/4/2020.

MITI1

MITI2

MITI3

Program MyCareCoV19 dilihat mampu memberikan khidmat bimbingan kerohanian, nasihat perundangan dan pengurusan emosi buat rakyat Malaysia yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia harus akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April depan demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Katanya, bagi sesetengah pihak, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana.

“Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta.

“Namun, PKP menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat.

“Tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu rumahtangga dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan dan kemurungan (depresi),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

mycareCov19