Selaras dengan pengumuman terkini Kerajaan, operasi kaunter urusniaga JPN akan dibuka pada setiap hari bekerja secara temujanji. Hanya pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan berurusan. KECUALI bagi pejabat yang terletak di dalam kawasan PKPD dan UTC masih ditutup.

Penetapan temujanji urusniaga boleh dilakukan dengan menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Waktu operasi talian adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 4 petang kecuali pada waktu rehat iaitu jam 1.00 tengahari sehingga 1.30 tengahari dan jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang pada hari Jumaat.

Rujuk http://tiny.cc/fyuhoz

No Talian JPN

HEBAHAN: 6 PERKARA UTAMA MEMBABITKAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Terdapat enam perkara utama yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ketika membuat pergerakan rentas negeri bermula 7 hingga 10 Mei 2020.

Setiap pergerakan yang ingin dibuat hendaklah didaftarkan melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia atau secara manual dengan memuat turun borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, www.rmp.gov.my.

 Sumber : Polis Diraja Malaysia

Rentas Negeri

MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

1. Memuat turun borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" di Media Sosial Rasmi PDRM : http://tiny.cc/0r7boz

2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,

3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan

4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" yang telah disediakan.

Permit PKP