Peniaga-peniaga kecil digalakkan supaya menyertai platform e-Ramadhan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan tiadanya bazar Ramadhan pada tahun ini, larangan jualan penjaja, larangan kewujudan premis tanpa Kebenaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian virus Covid19 daripada merebak tanpa kawalan. Pendaftaran dibuka sekarang melalui talian tertera pada sepertimana diatas dan Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. untuk sebarang pertanyaan. Bagi setiap penghantaran adalah dalam radius 10km daripada Pusat transit makanan dan bagi setiap penghantaran boleh terdiri daripada pelbagai menu melibatkan peniaga yang berdaftar dengan belian serendah RM10 dan maksima RM100 dalam satu resit. 

 

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MEMBATASKAN PERGERAKKAN ANDA

Bagi membantu memudahkan para peniaga dan penjaja Kecil, mereka boleh mendaftar melalui Whatsapp di nombor 01116660697 dengan mengemukakan maklumat berikut:

 

Nama:

Alamat:

No.IC:

Emel:

Jenis perniagaan/produk:

No.Tel:

Akaun Bank:

Salinan Kad Kesihatan:

 

Terima kasih.

 

Mohd Roslan bin Mohd Zain 

Pengurus Besar

Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd ( Syarikat Anak PKINK )

Agensi Utama & Rakan Strategik Pembangunan ICT Kelantan 

Selaku Agensi Penyelaras e-Bazar Ramadan Kelantan

e ramadan kelantan