Apakah yang akan berlaku sekiranya anda sebar berita palsu?

Anda boleh didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia (AKM) 1998 bagi kesalahan penyebaran berita palsu.

Denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga denda RM1,000 selanjutnya setiap hari kesalahan. 

Teruskan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"

Ambil Tahu

Berikut adalah senarai aktiviti yang dilarang yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, untuk makluman syarikat-syarikat.

Senarai Aktiviti Dilarang

Senarai Aktiviti Dilarang Dua

Senarai Aktiviti Dilarang Tiga

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 BAGI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) MIKRO

Permohonan dibuka mulai 1 Mei 2020 - 15 Mei 2020. 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Pertanyaan lanjut sila hubungi LHDNM di talian 03 8911 1000

Rujuk http://tiny.cc/wwd5nz

GKP

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan telah membangunkan MyTrace, sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mytrace] 

Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi MyTrace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sumber: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

MyTrace

Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia

• • • • • •

Syarikat telekomunikasi sentiasa mementingkan keselamatan & kemudahan pelanggan. 

Anda boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan untuk menjalankan urusan perkhidmatan pelanggan terus dari rumah. 

Untuk maklumat lanjut layari consumerinfo.my

Jom Guna Aplikasi Dalam Talian