Tarikh     :   2 Oktober 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan (MARA).

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan (MARA). Peserta dibantu dalam menggunakan capaian internet untuk mengakses laman rasmi mara untuk membuat permohonan. Peserta juga diberi bimbingan dalam memasukkan maklumat peribadi dalam permohonan tersebut. 

Gambar Disini.

Tarikh      :    23 September 2023

 Masa       :   11:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menggunakan akses internet untuk membuat transaksi perbankan dalam talian.

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di PEDi Melawi. Tunjuk ajar diberikan petugas dalam membantu peserta membuat transaksi perbankan dalam talian. Peserta di ajar untuk mendaftar masuk ke laman web bank yang berdaftar dan belajar untuk membuat transaksi pembayaran secara atas talian.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   22 September 2023

 Masa       :   11.00 AM - 12.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee seller. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

Tarikh       :   23 September 2023

 Masa       :   9:30 AM - 10:30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas pembelajaran e-tuisyen secara online.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah yang mengikuti pembelajaran etuisyen secara online di PEDi. Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi google meet dengan cara yang betul dan pantas untuk mengikuti kelas etuisyen subjek bahasa melayu bagi tahun 4 & 5  yang di anjurkan pihak Digital Learning MSD. Peserta diberi manual pembelajaran secara percuma sebagai bahan rujukan pembelajaran. 

Gambar Disini..

Tarikh     :    22 September 2023

 Masa       :   9:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   8 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan Tangan robotik. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta tangan robotik menggunakan kertas, straw, benang, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat tangan robotik.  

Gambar Disini.