MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

1. Memuat turun borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" di Media Sosial Rasmi PDRM : http://tiny.cc/0r7boz

2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,

3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan

4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" yang telah disediakan.

Permit PKP