Tarikh     :    17 Mei 2024

 Masa       :   09:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   8 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan 3D Hologram Projektor. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NADI Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta 3D Hologram Projektor menggunakan kertas a4, kertas lutsinar,  gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat 3D Hologram Projektor.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :    13 Mei 2024

 Masa       :   3:00 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk menyiapkan resume.

Aktiviti

Peserta hadir ke NADI Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan mencari kerja dan membuat resume. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat resume yang padat dan ringkas untuk dihantar pada majikan. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    10 Mei 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari pengenalan kepada komputer dan asas ICT.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan mereka hadir ke NADI Melawi untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer. Peserta di perkenalkan dengan peralatan komputer dan cara menggunakannya. Peserta juga di ajar untuk membuka beberapa aplikasi microsoft office dan melayari youtube. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    11 Mei 2024

 Masa       :   11:00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas menaip menggunakan microsoft office word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar NADI Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip surat rasmi. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    8 Mei 2024

 Masa       :   03:00 PM - 04.00 PM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menyiapkan proposal bagi projek kerja kontrak. 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di NADI Melawi dan merupakan antara usahawan NADI.  Peserta hadir ke NADI Melawi untuk menyiapkan proposal kerja kontrak mereka bagi tujuan untuk menyiapkan kerja baik pulih di beberapa sekolah. Peserta juga dibantu dalam membuat proposal kerja menggunakan microsoft office word dan cara untuk memuat naik ke dalam google drive.

Gambar Disini.