Tarikh     :    9 Jun 2024

 Masa       :   04:00 PM - 05.00 PM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas dalam menaip menggunakan microsoft office word.

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di NADI Melawi. Peserta hadir ke NADI Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip biodata diri. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    7 Jun 2024

 Masa       :   09:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website wordwall. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NADI Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari pembelajaran atas talian dalam website wordwall iaitu wordsearch dan puzzle online. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi tersebut dan diberikan tunjuk ajar dalam menyelesaikan kuiz yang diberi. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    4 Jun 2024

 Masa       :   09:00 AM - 10.00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang permohonan kemasukan Tahun 1 bagi sesi 2025/2026 secara online. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan kemasukan tahun 1 murid bagi sesi 2025/2026.Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti maklumat murid, ibu bapa, pendapatan, maklumat kesihatan dan maklumat sekolah yang dipohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan rujukan dan penghantaran ke sekolah.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    6 Jun 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran akaun baru & permohonan jawatan dalam laman web SPA. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk melayari internet dan membuat pendaftaran akaun baru bagi permohonan jawatan dalam SPA. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih jawatan berdasarkan kelayakan akademik peserta. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :   1 Jun 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NADI Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan helikopter kertas. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NADI Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk membuat helikopter menggunakan kertas terpakai. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat helikopter menggunakan kertas.  

Gambar Disini.