Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website Digipuzzle. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NaDi Melawi. Peserta hadir untuk menyertai kelas pembelajaran mewarna secara online. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website digipuzzle untuk tujuan pembelajaran. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   21 Mac 2024

 Masa       :   04:00 PM - 05.00 PM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Peribadi.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas pembelajaran secara online di NaDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai cara yang bijak dalam menguruskan kewangan dan juga beberapa tips dalam mendisiplinkan diri untuk berbelanja keperluan dan kehendak masing-masing untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. 

Gambar Disini.

 Tarikh      :   18 Mac 2024

 Masa       :   4.00 PM - 5.00 PM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang berniaga online menggunakan platform e-dagang TikTok, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet bagi mempelajari cara untuk mendaftar tiktok ads. Peserta merupakan peniaga online dan telah memulakan perniagaan online melalui platform tiktok beberapa bulan yang lalu melalui kelas yang di jalankan di NaDi Melawi. Peserta mendaftar tiktok ads dan diberi bimbingan oleh staff PEDi dalam pemilihan objektif iklan dan juga pemilihan audience targetting yang sesuai.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    21 Mac 2024

 Masa       :   02:00 PM - 03:00 PM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas Basic (STEM-IOT). 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli yang berdaftar di NaDi Melawi. Peserta menghadiri kelas di NaDi untuk mempelajari Permainan STEM Online (Dynamic Systems). Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam google chrome dan juga pendedahan permainan pembelajaran STEM Online yang menguji minda dari segi kemahiran berfikir, kecekapan matematik, sains dan teknologi.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    16 Mac 2024

 Masa       :   09:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website wordwall. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NaDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari permainan pendidikan atas talian dalam website wordwall iaitu sudoku dan kuiz online. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi tersebut dan diberikan tunjuk ajar dalam menyelesaikan kuiz yang diberi. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.