Usahawan Makanan Ringan (Kerepek)
|
Latar belakang
Nurmasitah Mat Hassan berumur 32 tahun menetap di Kg Pantai Baru 16310 Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang usahawan kerepek dan memasarkan secara terus kepada pelanggan dan juga kepada ejen. Beliau juga memasarkan kerepek beliau secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada awal perniagaan, beliau hanya mempamerkan semua jenis barang dikedai beliau sahaja. Hanya orang ramai yang melalui hadapan kedai akan melihat barang yang beliau jual. Selain itu juga, orang ramai masih belum mengetahui perniagaan beliau.disebabkan kurangnya promosi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah menghadiri beberapa kelas usahawan yang di anjurkan di Pusat Internet Komuniti Melawi, beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara untuk memasarkan perniagaan tersebut.
Pihak pengurusan PIK Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosikan perniagaan tersebut melalui facebook pages dan juga shopee. Beliau mengikuti kelas usahawan yang merangkumi kelas untuk mengambil gambar produk dan juga kelas untuk memasarkan produk di dalam aplikasi Shopee. Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai dan mendapat tempahan yang banyak secara atas talian.
Usahawan Kedai Makan (Mee Celup)
|
Latar belakang
Nur Amirah Binti Mohd Rapani berasal dari kampung Cabang 4 Melawi Repek Bachok Kelantan. Beliau berumur 27 tahun dan merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan menjual mee celup pada pertengahan tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Pada masa itu, beliau kurang mahir dalam bidang ICT untuk promosi perniagaan tersebut secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mengikuti beberapa kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Melawi, beliau kini sudah boleh memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti Melawi dan mempelajari mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut . Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau telah menambah beberapa menu baru pada kedai seperti Nasi Sup Tulang, Laksa penang, Cincau Karamel dan lain – lain lagi.
|
Latar belakang
Putri Batrisya Bt Zamri yang berumur 11 Tahun merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Badak, Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang sudah pandai menggunakan peralatan ICT yang terdapat di Pusat Internet Melawi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Putri Batrisya Bt Zamri merupakan seorang yang tidak mahir dalam bidang ICT, dan beliau juga tidak pandai menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menyedari pentingnya ICT dalam kehidupan bapa beliau telah datang ke Pusat Internet Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai ahli. Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Melawi, kini beliau sudah mahir menggunakan peralatan ICT dan mampu menaip dan menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik.
|
Latar belakang
Muhammad Faqhi Bin Husaini berumur 18 tahun berasal di Kg Repek Cbg 3 Melawi Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum beliau masuk belajar kelas ICT di PIK Melawi, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan untuk membuat tugasan universiti beliau terpaksa meminta bantuan daripada staff PIK Melawi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet, beliau banyak meluangkan masa di PIK Melawi terutamanya sepanjang tempoh PKPB yang mana beliau terpaksa belajar dari rumah, beliau akan datang setiap hari untuk mengikuti kelas online dan seterusnya menyiapkan tugasan beliau. Pada masa sekarang beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer.
Perusahaan SPA Kecantikan
|
Latar belakang
Nor Ain Alisa Binti Che Hussin berumur 22 tahun menetap di Kampung Sungai, Perupok, 16300, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang pengusaha SPA Kecantikan. Antara servis yang disediakan adalah rawatan facial, foot spa, sauna, pedicure & manicure, bekam dan lain2 lagi. Selain memberi khidmat servis kecantikan, beliau juga ada menjual beberapa jenis produk kecantikan seperti sabun muka, toner kulit, krim pencerah dan lain-lain lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal perniagaan, beliau hanya memberi khidmat servis kecantikan ini hanya kepada kawan-kawan terdekat dan di sekitar kawasan kejiranan di kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosikan perniagaan tersebut melalui facebook pages dan juga Instagram.
Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Perkhidmatan beliau juga kini sudah dikenali masyarakat dan beliau terus cuba memperbaiki dan mempertingkatkan promosi dari masa ke semasa. Khidmat beliau semakin dikenali ramai dan beliau juga sudah mempunyai pelanggan tetap.