Nama : Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan Umur : 10 tahun Ahli : 2023 |
Latar belakang
Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan yang berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang tidak mahir dengan peralatan komputer. Tetapi dengan semangat yang kuat dan azam yang tinggi kini beliau mahir menggunakan peralatan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan merupakan seorang yang tidak biasa menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menyedari pentingnya ICT dalam kehidupan, Ibubapa beliau telah datang ke PEDi Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai seorang ahli di PEDi Melawi. Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus PEDi Melawi, kini beliau sudah mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Beliau kini sudah pandai berdikari dengan sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan komputer dan mahir dalam menggunakan platform google meet untuk menyertai kelas tuisyen Digital Learning di PEDi.
Nama : Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli Umur : 10 tahun Ahli : 2023 |
Latar belakang
Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli yang berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Pada masa lapang, beliau banyak meluangkan masa bersama adik beradiknya dan rakan-rakannya untuk bermain. Namun selepas beliau mengetahui kewujudan PEDi Melawi, beliau telah mendaftar sebagai ahli dan sering mengunjungi PEDi untuk menyertai kelas dan latihan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli tidak biasa menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer. Beliau juga kurang mahir dalam pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengenali PEDi, beliau yang kemudiannya mendaftar sebagai ahli PEDi telah terlibat dengan kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PEDi. Banyak perkara baru yang dipelajari beliau dan kini adik Nur Alia Qaisara sudah mahir menggunakan peralatan komputer. Beliau juga mampu mempelajari perisian dalam komputer dan melayari internet dengan berhemah tanpa tunjuk ajar dari pengurus dan penolong pengurus PEDi.
|
Latar belakang
Nur Alia Safiyah Bt Mohd Shahirul Safizal berumur 14 tahun berasal di Kg Repek, Melawi Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan dua daripada Sekolah Agama Tok Bachok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum beliau masuk belajar kelas ICT di PIK Melawi, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan juga aplikasi di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet komuniti, beliau banyak meluangkan masa di PIK Melawi terutamanya sepanjang tempoh PKPB yang mana beliau terpaksa belajar dari rumah, beliau akan datang setiap hari untuk mengikuti kelas online dan seterusnya menyiapkan tugasan kerja sekolah. Pada masa sekarang beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer.
Usahawan Kain Batik Kelantan
|
Latar belakang
Mohd Faizul Husin yang berasal di Kg Repek, Kg,16300 bachok kelantan. Berumur 43 tahun beliau menjalankan perniagaan kain batik Kelantan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan sahaja dan menjadikan rumah kediaman beliau sebagai tempat menyimpan kain batik tersebut.hanya saudara dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui tentang perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada tahun 2015 setelah beliau mendaftar sebagai ahli pik melawi ,beliau telah mengikuti kelas asas pemasaran atas talian iaitu memasarkan kain batik didalam facebook.dan pada masa kini perniagaan kain batik beliau telah bertambah maju dan mendapat tempat dalam masyarakat.
Usahawan Produk Kesihatan
|
Latar belakang
Nor Mastura Binti Mohd Saari, berasal dari kampong Pantai Melawi, Bachok Kelantan. Beliau berumur 31 tahun dan merupakan seorang ibu kepada empat cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan menjual barangan produk kesihatan pada tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara mengambil tempahan produk dari pelanggan dahulu.Beliau tidak menyimpan stok barang sendiri. Pada masa itu, beliau kurang mahir dalam bidang ICT untuk promosi perniagaan tersebut secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mengikuti beberapa kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Melawi, beliau kini sudah boleh memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti Melawi dan mempelajari mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut . Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau telah mempunyai stok tersedia yang banyak untuk pelanggan beliau.