Tarikh     :   05 Ogos 2021

 Masa       :   2:00 PM - 6.00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing. 

Gambar Disini.

Tarikh     :     21 Mei 2021

 Masa       :   03:00 PM - 06:00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menjawab exam secara online.

Aktiviti

Peserta merupakan penuntut di IPTA yang melaksanakan pembelajaran secara online oleh kerana masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Peserta di bimbing dalam menggunakan aplikasi zoom meeting dan juga diberi tunjuk ajar dalam mendapatkan link yang betul untuk menjawab exam secara online. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di Pusat Internet Komuniti sebagai bahan rujukan. 

Gambar Disini..

Tarikh     :    16 Mei 2021

 Masa       :   02:00 PM - 05:00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube. 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta merupakan usahawan yang menjalankan aktiviti menjahit dan mendapatkan tempahan secara onilne.Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.

Gambar Disini.

Tarikh       :    17 Mei 2021

 Masa       :   02:00 PM - 05:00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan microsoft office dan menyiapkan tugasan pembelajaran.

Aktiviti

Peserta merupakan penuntut di IPTA yang melaksanakan pembelajaran secara online oleh kerana masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi microsoft office terutama microsoft office word dan powerpoint, dengan cara yang betul dan pantas untuk menyiapkan assignment yang diberi oleh pensyarah. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di Pusat Internet Komuniti sebagai bahan rujukan pembelajaran. 

Gambar Disini..

Tarikh     :    10 Mei 2021

 Masa       :   09:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Rakyat 3.0 dalam talian. 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti Melawi. Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet untuk membuat semakan BPR 3.0 dalam laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link bagi membuat semakan dan mencetak semakan untuk tujuan rujukan. 

Gambar Disini.