Tarikh     :    8 Januari 2022

 Masa       :   9:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat peermohonan rumah mesra rakyat secara dalam talian.

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara online. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memuat naik dokumen yang diperlukan ke dalam laman web tersebut.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    3 Januari 2022

 Masa       :   9:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran baru & kemaskini maklumat dalam permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022.  

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat pendaftaran baru dan juga untuk mengemaskini bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dan memastikan maklumat yang diperbaharui selesai dihantar secara online.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   03 Disember 2021

 Masa       :   9:30 AM - 12.30 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing. 

Gambar Disini.

Tarikh       :   23 Disember 2021

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan microsoft office dan menyiapkan tugasan pembelajaran.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang melaksanakan pembelajaran secara online. Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi microsoft office terutama microsoft office word dan powerpoint, dengan cara yang betul dan pantas untuk menyiapkan kerja kursus serta sebagai nota rujukan untuk ulangkaji peperiksaan akan datang. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di PEDi Melawi sebagai bahan rujukan pembelajaran. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    16 November 2021

 Masa       :   10:00 AM - 01.00 PM      

 Lokasi     :   PIK Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan masih dalam pembelajaran secara pdpr. Peserta hadir ke PIK Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word dan menggunakan aplikasi komputer untuk tujuan kerja sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.