Majlis santai persatuan dan belia melawi bersama pemimpin tempatan berlansung di perkarangan pejabat persatuan di Melawi. dihadiri oleh Dato' Ilyas bin hj Hussain. Majlis tersebut berlangsung pada jam 9.30 mlm sehingga 12 tgh mlm. Seramai 100 orang belia yang hadirkan diri pada majlis tersebut. Dalam majlis tersebut Dato' Ilyas mengamanatkan beberapa perkara kepada wakil belia untuk melibatkan diri dalam bidang keusahwanan dan kemahiran dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing. Beliau juga menyeru para belia supaya terhindar daripada terjebak dalam masalah sosial yang sedang meruncing di kalangan belia bachok sekarang ini.

Dalam majlis tersebut juga, Belia di hidangkan dengan menu ringan seperti colek malah, colek kerang, keropok goreng, colek ikan bakar, colek buah, colek popiah, bee hoon goreng dan buah tembikai serta 2 jenis air minuman.

Majlis Berakhir pada jam 12.00tgh mlm dengan penyampaian sedikit cenderahati oleh wakil belia kepada Dato' Ilyas hj Hussain.