|
Latar belakang
Muhammad Fakharuddin Bin Safian yang berumur 19 Tahun , tinggal di Lot 972, Kampung Kuchelong,Jalan Teratak Pulai,16030 Jelawat, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang yang menjalankan perkhidmatan memotong rumput, meracun dan mencuci kawasan rumah orang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada awal perniagan beliau tidak begitu memberangsankan kerana kurang sambutan daripada orang ramai, beliau juga tidak mahir dalam membuat promosi perkhidmatan yang ditawarkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Apabila tergerak hati untuk datang ke pusat internet melawi beliau telah banyak belajar mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan pi melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosi perniagaan tersebut melalui facebook page, setelah membuat facebook pages beliau dapat mempromosi perniagaan tersebut secara atas talian, dan seluruh Malaysia dapat mengetaui tentang kewujudan perniagaan ini..dan selepas promosi dijalankan perniagaan ini semakin terkenal .sekarang pendapatan sekitar RM 500.
.