|
Latar belakang
Tengku Nurul Atikah Bt Raja Putera yang berasal di Kg pantai baru 16300 bachok kelantan. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang menjual aksesori dan telefon bimbit pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Pada masa itu juga pelanggan hanyalah jiran tetangga sahaja yang datang membeli. Dan pendapatan hanya sederhana sahaja.dan pada masa itu juga beliau kurang mahir dalam bidang ICT, dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk promosi perniagaan tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah menyedari pentingnya ICT dalam perniagaan beliau telah mengikuti kelas asas computer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet melawi, banyak yang beliau dapat pelajari setelah mengikuti kelas tersebut , terutamanya dalam bidang pemasaran dan promosi produk.. pada masa ini perniagaan beliau telah bertambah maju dan Berjaya.
.