Kesihatan:
Pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah dapat memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Jajahan ini melalui perkhidmatan Klinik Kesihatan Luar Bandar dan Klinik Desa. Jumlah klinik adalah seperti berikut:
Klinik Kesihatan Luar Bandar | 6 buah |
Klinik Desa | 22 buah |
Oleh kerana Hospital Daerah belum lagi ada di Jajahan ini, maka bagi kes-kes serius, penduduk di sini terpaksa dirujuk ke Hospital Kota Bharu dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah di sini telah mencadangkan supaya sebuah Hospital Daerah diadakan di sini dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan perkhidmatan kesihatan melalui klinik swasta di mana terdapat sebanyak 9 buah klinik swasta di Jajahan ini.
Projek Kesihatan Dalam Pelaksanaan ialah:
- Pembaikian kemudahan X-Ray di Klinik Kesihatan Bachok
- Pembaikian Klinik Desa Rekang, Melawi dan Pauh Lima
- Pembaikian Blok Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak di Klinik Kesihatan Gunong
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekeliling
Tandas Curah – Pembinaannya dijalankan secara pakej melalui tender Jabatan RM317.00 sebuah tandas yang lengkap. Sehingga akhir bulan September 1998, telah mencapai liputan 100% pembinaan tandas di seluruh Jajahan ini.
Bekalan Air Masyarakat – Liputan bekalan air selamat adalah masih rendah. Jadual di bawah adalah liputan terkumpul bekalan air bagi Jajahan ini sehingga bulan September 1998:
Bekalan air Jabatan Kesihatan | 3,109 buah rumah (15.65%) |
Bekalan air KWSB | 6,670 buah rumah (33.58%) |
Bekalan air tak terkawal | 10,083 buah rumah (50.76%) |
Bekalan air bersih di Jajahan Bachok menghadapi masalah-masalah yang tersendiri sebagaimana berikut:
- 1) Bekalan air bersih Kementerian Kesihatan
- Air tidak dirawat
- Air mengandungi kandungan besi yang tinggi
- Air berminyak dan berbau kerana PH yang rendah (masam kelat)
- 2) Bekalan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB)
- Bekalan air tidak mencukupi
- Tekanan air yang rendah dan sering terputus bekalan
- Kualiti bekalan juga tidak mencapai standard (piawaian) yang ditetapkan
- Tiadanya penyambungan baru sedangkan permintaan sentiasa bertambah