Tarikh     :    8 Oktober 2020

 Masa       :   2:00 PM - 4:00 PM      

 Lokasi     :   PI Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat bayaran yuran secara atas talian.

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di pusat internet. Tunjuk ajar diberikan petugas dalam membantu peserta membuat transaksi perbankan dalam talian. Peserta di ajar untuk melog masuk laman web bank yang berdaftar dan belajar untuk membuat transaksi pembayaran yuran pengajian secara atas talian.

Gambar Disini.

Tarikh      :   07 Oktober 2020

 Masa       :   3:00 PM - 6:00 PM      

 Lokasi     :   PI Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menyiapkan Assignment Pengajian Am Tingkatan 6.

Aktiviti

Peserta hadir untuk menyiapkan assignment Pengajian Am dengan menaip dan menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan.Tunjuk ajar diberikan dalam menggunakan microsoft word serta pengunaan "browser" / carian maklumat di internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    21 September 2020

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PI Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi maklumat untuk mendaftar premis mereka di dalam aplikasi Mysejahtera. 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli di pusat internet melawi. Peserta hadir untuk mendaftar secara online dalam aplikasi MySejahtera. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat dan mendaftar aplikasi MySejahtera Check-In untuk premis peserta sebagai kemudahan untuk pelanggan mendaftarkan kehadiran mereka.

Gambar Disini.

Tarikh     :    6 Oktober 2020

 Masa       :   10:00 AM - 1:00 PM      

 Lokasi     :   PI Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran akaun baru & permohonan jawatan SPA9. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat pendaftaran akaun baru bagi permohonan jawatan dalam SPA9. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih jawatan berdasarkan kelayakan akademik peserta. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    20 September 2020

 Masa       :   3:00 PM - 6:00 PM      

 Lokasi     :   PI Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi maklumat yang diperlukan pihak IPT  . 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli pusat internet melawi. Peserta telah berjaya ditawarkan tempat dalam IPTA dan Peserta hadir untuk menggunakan akses internet di pusat Internet untuk mengisi dan mencetak maklumat yang diperlukan pihak IPT sebelum mendaftar sebagai pelajar baru di Institusi berkenaan. 

Gambar Disini.