OGOS

1. PROGRAM LITERASI ICT & DASHBOARD KOMUNITI  12/8/2017

  IMG 1001 IMG 1004

 

         Program ini memberi pendedahan kepada pengunjung / komuniti setempat tentang fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia (Pi1m). Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti online grooming, suntingan imej, movie maker, pemeriksaan kesihatan, shoot produk, download aplikasi, kuiz kdb & tidak lupa juga cabutan bertuah. peserta yang hadir terdiri daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan wanita.

2. LATIHAN KDB , KEUSAHAWANAN , EREZEKI  8/8/2017


IMG 0964

 

          Kelas kecantikan yang dihadiri oleh golongan belia dan wanita. Disini para peserta tidak hanya berpeluang untuk menimba ilmu kecantikkan sahaja tetapi dapat juga merawat dan mencuba sendiri produk yang bertaraf antarabangsa. selain itu juga, para peserta dapat bertukar pendapat dengan kawan baru / trainer kecantikan tentang masalah kulit yang dihadapi seperti jerawat, jeragat, masalah produk local dan sebagainya.

 

3. LATIHAN KDB , KEUSAHAWANAN , EREZEKI  11/8/2017

IMG 0965


          Ini merupakan kelas keusahawanan yang dihadiri oleh golongan belia. antara perkara yang diajar ialah Klik Dengan Bijak (KDB), perniagaan online, dan juga cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui platform E-Rezeki. Kelas ini adalah percuma untuk ahli Pi1m. Syarat utama untuk menyertai kelas ini adalah peserta yang berumur 18tahun dan keatas. Peserta akan diajar cara untuk daftar, survey online dan cara kerja yang disediakan melalui E-Rezeki.  

4. LATIHAN KDB , KEUSAHAWANAN , ASAS KOMPUTER ( 5/8/2017 )

IMG 0950  IMG 0954  IMG 0953

 

          Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar Sekolah Menengah Badak, Bachok, Kelantan. Tujuan kelas ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mahir dalam menguruskan dan mnyiapkan folio / kertas kerja sekolah dengan sempurna. Selain itu juga, tenaga pengajar akan menerapkan ilmu-ilmu berinternet (media sosial) dengan bijak tanpa penyalahgunaan medium yang di sediakan. Pesrta juga diberi latihan secara praktikal untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah diajar sendiri dan jika masih ada yang keliru, mereka boleh bertanya terus kepada tenaga pengajar. ini dapat merapatkan lagi hubungan antara tenaga pengajar dan peserta.