Tarikh : 17 Julai 2023 Masa : 9:00 AM - 1.00 PM Lokasi : PEDi Melawi Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE,TIKTOK dan FB MARKETPLACE untuk memasarkan produk mereka.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mendaftar akaun tiktok shop dan beberapa aplikasi lain seperti shopee seller dan facebook marketplace untuk memasarkan dan mempromosikan produk jualan mereka. Peserta diberikan pendedahan mengenai taktik pemasaran, teknologi sokongan dan cara untuk mengurangkan risiko dalam menggunakan platform ini sebagai satu kaedah perniagaan secara atas talian dengan selamat.